Drama bersiri The Maid akhirnya bakal merungkai siapakah pembunuh sebenar Elissa yang dilakonkan oleh Mira Filzah dalam episod akhir malam ini.

Banyak plot twist yang berlaku dalam The Maid sehingga timbul tanda tanya sehingga kini siapakah pembunuh sebenarnya?

Januari lalu, Gempak ada mengadakan poll atau undian untuk penonton dan pembaca memilih siapakah pembunuhnya yang dirasakan membunuh Elisa.

Dari dua bulan lalu, penonton sudah mula membuat undian di antara suaminya, Jayden atau madu-madunya, Suhana, Nadia dan Fika mahupun pembantu rumah mereka.

Sebanyak 5,934 undian yang diterima untuk mengundi 10 orang yang didapati suspek rapat pembunuhan tersebut.

Seperti yang ramai menjangka, pembantu rumah Elisa, Yana mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1,116 undi dari penonton yang mengesyaki dia adalah pembunuh sebenar.

Tempat kedua jatuh kepada Jayden iaitu suami Elisa sendiri yang ramai juga turut merasakan ia semua angkara dan rancangannya.

Isteri kedua iaitu Nadia yang dikenali sebagai wanita gedik itu pula mendapat undian ketiga tertinggi dengan 793 undi daripada keseluruhan.

Berikut merupakan keputusan penuh undian tersebut:



Jadi adakah benar Yana pembunuhnya? Jawapannya ada dalam The Maid episod 10, jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.