Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
READ

Siapakah Pereka yang Membuat Busana Indah DYMM Tengku Permaisuri Selangor — Kenali Mereka Ini

Public Anonymous User 21/12/2017 | 08:19 MYT

Oleh: Huda Hussain

MELIHAT setiap rekaan busana dan koleksi INNAI RED, bisa membuatkan anda terpempan betapa rekaan pereka tempatan kini bertaraf bintang. Mahu melebarkan sayap dan dikenali di peringkat global suatu hari nanti, kami yakin mereka kini di landasan betul.

Berbekalkan idea dan kreativiti yang diterajui dua pereka utamanya, Arene P. Khairudin dan Juliani Jamal, INNAI RED masih utuh dalam kelas tersendiri.

Berinspirasikan bintang Pisces, ia dianggap cukup signifikan dengan DNA jenama ini dan sudah pasti kami teruja mahu menyaksikannya di pentas Anugerah Gala InTrend 2017.

Serba sedikit latar belakang INNAI RED?

INNAI RED adalah label yang diilhamkan pada 2012 untuk memenuhi permintaan pasaran busana pengantin moden, ‘scene- stealing gowns’ dan pakaian untuk acara khas.

Label ini diketuai dua pereka dinamik; Arene P. Khairudin dan Juliani Jamal. Berbekalkan gabungan pengalaman ketika menuntut dalam jurusan reka bentuk dan pernah bergelar perantis kepada nama-nama besar dan berpengaruh dalam fesyen Malaysia, Arene dan Juliani bukan sahaja dikurniakan kreativiti dan berpengalaman, tetapi memahami apa yang dicari oleh masyarakat Malaysia dan bagaimana untuk menawarkannya tanpa mengenepikan integriti reka bentuk jenama. Saya lebih banyak terlibat dalam soal pengurusan dan menyelia keseluruhan operasi perniagaan.