Hiburan
"Siapa-Siapa Yang Nak Kahwin, Terus Dapat Baby Boleh Jemput Radin" - Radin Throwback Jadi Pengacara
Penyampai radio Era dan pengacara terkenal, Radin Amir Affendy atau lebih mesra dengan panggilan Radin Era tentunya seronok kerana sering diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis pertunangan mahupun majlis resepsi selebriti-selebriti tanah air.
Malah rasa keterujaan tersebut diindahkan lagi apabila setiap daripada mereka turut dihadirkan dengan cahaya mata dan bakal cahaya mata yang melengkapkan lagi keluarga mereka.
Dalam satu entri yang mengimbas kenangan lalu, Radin berkongsi beberapa keping gambar majlis yang diacarakannya beserta gambar kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup selebriti-selebriti tersebut.
"Sweet memories don’t have an expiry date. Alhamdulillah, this is why I love my job.
"Saja saya share #throwbackthursday memori saya menjadi emcee untuk majlis resepsi & pertunangan rakan-rakan selebriti yang memberi amanah kepada saya bersama di hari bahagia mereka.
"Sejujurnya, saya rasa sangat happy dan teruja bila dapat news mereka dikurniakan ahli keluarga baru. Semoga perkahwinan mereka bahagia sampai syurga," kongsi Radin pada gambar-gambar di Instagram miliknya itu.
Di ruangan komen entri tersebut, ramai yang mendoakan agar Radin cepat bertemu jodoh. Malah Raf Yaakob turut berjanji akan menjadi pengacara pada majlis perkahwinan Radin nanti.
Tidak kurang juga ada peminat yang berseloroh jika sesiapa menginginkan anak dengan cepat, bolehlah menjemput Radin menjadi pengacara majlis perkahwinan mereka.
Pada awal tahun ini, Radin pernah mendedahkan bakal mengikat pertunangan dengan teman wanitanya, Azlina Idris yang juga merupakan seorang pramugari.
Must-Watch Video