Hiburan

Siapkan Tisu, Filem Romantis Indonesia ‘Dilan 1991’ Bakal Menemui Penonton Malaysia 11 Julai Ini

gempak
Azwa Rahman
03/07/2019
09:41 MYT
Sponsor Banner
Siapkan Tisu, Filem Romantis Indonesia ‘Dilan 1991’ Bakal Menemui Penonton Malaysia 11 Julai Ini
Filem romantik Indonesia yang dinanti-nantikan, ‘Dilan 1991’ akhirnya akan berada di pawagam Malaysia pada 11 Julai ini.
Filem yang mencatatkan penonton seramai 5 juta orang dalam masa lima hari tayangan di Indonesia ini diarahkan oleh Fajar Bustomi.
‘Dilan 1991’ dibintangi pasangan mantap Iqbal Ramadhan sebagai Dilan dan Vanesha Priscilla sebagai Milea di samping Jerome Kurnia dan Adhisty Zara.
Filem sekuel 'Dilan 1990’ yang diadaptasi daripada novel laris Dia Adalah Dilanku Tahun 1991 karya Pidi Baiq itu mengangkat kisah cinta sebenar sepasang kekasih, Dilan dan Milea di Kota Bandung sekitar tahun 90-an.
Penonton akan dibawa menyelusuri kisah suka-duka perjalanan percintaan yang dilalui Dilan dan kekasihnya Milea untuk mempertahankan kisah cinta mereka.
Filem ini mengambil masa 41 hari untuk sesi penggambaran dan mengambil dua lokasi penting di Indonesia iaitu di Bandung dan Jakarta.
Terdahulu, filem Dilan 1990 telah menjadi filem terlaris Indonesia tahun 2018 dengan catatan 6.3 juta penonton.
Bersedia untuk menempah tiket wayang bermula 11 Julai ini, Dilan dan Milea akan membawa anda berkongsi emosi, percintaan dan penderitaan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live