Peminat pasti teruja menantikan filem fasa keempat dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas berakhirnya franchais ‘The Avengers’.

Menerusi MCU terbaru ‘Spider-Man: Far From Home’, Nick Fury sendiri ada memberi maklumat terkini tentang kedudukan ahli The Avengers kepada Peter.

Menurut Nick Fury, salah seorang ahli The Avengers, Thor, dilaporkan sedang “off world”.

“Off world” yang dimaksudkan mungkin memberikan berita gembira kepada peminat MCU kerana ‘The God of Thunder’ akan kembali menemui peminatnya.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, pengarah ‘Thor: Ragnarok’, Taika Waititi sudah bersedia untuk mengarah filem keempat superhero tersebut.

Waititi yang pernah membuat kemunculan menerusi ‘Thor’ dan ‘Avengers: Endgame’ sebagai Korg sudah tidak sabar untuk berkerjasama bersama Chris Hemworth untuk filem ini.

Pengarah kelahiran New Zealand itu juga dilaporkan sanggup menangguhkan project ‘live action’ manga Jepun arahannya bertajuk ‘Akira’ untuk memberi tumpuan terhadap ‘Thor 4’.

Namun, maklumat tentang barisan penuh pelakon, jalan cerita dan tarikh ia dikeluarkan masih belum diwar-warkan.

Adakah kemunculan Thor menerusi ‘Thor 4’ masih dengan perut buncitnya ataupun dia sudah memiliki perut yang berotot sempurna untuk menentang ancaman terbaru?