Laman Utama

Siaran Percuma Untuk Saluran Kanak-Kanak, Berita dan BollyONE Bermula 1 Jun!

gempak
Amri Hassan
01/06/2021
10:28 MYT
Sponsor Banner
Siaran Percuma Untuk Saluran Kanak-Kanak, Berita dan BollyONE Bermula 1 Jun!
Negara sedang bergelut dengan waktu sukar ketika ini dan sepanjang tempoh lockdown bagi mengekang COVID-19, Astro komited untuk menyediakan saluran berinformasi dan menghiburkan kepada rakyat Malaysia.
Bermula 12.01 tengah malam 1 Jun 2021 (Selasa), hingga 14 Jun 2021 (Isnin), pelanggan Astro berpeluang menonton semua rancangan kanak-kanak, berita dan BollyONE secara percuma.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat pantas mengenai isu semasa dan perkembangan terkini dalam dan luar negara menerusi Astro Awani (501), CGTN (503), CNN (511), BBC World News (512), Al-Jazeera (513), Sky News (514), Channel News Asia (515), CNBC Asia (516), Bloomberg TV (517) dan ABC Australia (518).
Manakala, hiburan buat si cilik pula di saluran TA-DAA! (612), Cartoon Network (615), Nickelodeon (616), Nick. Jr (617), Boomerang (619), Astro Ceria (611) dan Astro Xiao Tai Yang (304).
Bagi penggemar filem-filem Hindi, saluran BollyONE (251) disediakan secara percuma sepanjang tempoh ini.
Strim juga rancangan kegemaran anda di mana-mana pada bila-bila masa menerusi Astro GO.
Muat turun aplikasi Astro GO menerusi App Store dan Google Play atau layari astrogo.com.my.
Info lanjut di www.astro.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live