Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
COVID-19

“Sia-sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP, Sebab Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh!” – Pesanan Warden Penjara Tular?

article-author-avatar
Fiza Kamarudin 02/04/2020 | 14:09 MYT
“Sia-sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP, Sebab Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh!” – Pesanan Warden Penjara Tular?
Sehingga semalam, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara tersebut turut disahkan Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah kenyataan kepada media.
Justeru orang ramai dirayu supaya terus patuh PKP dan menjaga ahli keluarga supaya tidak menjadi penghuni penjara.
Terdahulu tular dakwaan peringatan daripada wadar penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.
Jabatan Penjara yang maklum dengan dengan pesanan tular tersebut memandang perkara itu dari sudut positif.
“Kami juga maklum kenyataan ditularkan di WhatsApp dan beranggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada pihak luar terutamanya keluarga supaya sentiasa memantau pergerakan ketika PKP dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.
#COVID-19 #Perintah Kawalan Pergerakan #Warden Penjara