Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah kepada pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) supayamengambil iktibar daripada kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lalu.
Menerusi video tersebut, baginda menasihati para pelajar baharu yang memasuki universiti untuk berkelakuan baik antara satu sama lain dan mengelakkan diri daripada mengakhiri kehidupan dengan hukuman gantung.
Baginda turut berpesan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan sentiasa berbaik dengan semua orang seperti adik-beradik demi kebaikan bersama.
“Jadi saya harap semua jangan lakukan begitu ya. Anggap semua orang sebagai adik-beradik dan saya sebagai seorang ibu. Saya menasihati kalian semua untuk kebaikan,” titah baginda.
Tunku Azizah menitahkan nasihat tersebut kepada 5,066 pelajar baharu Pusat Asasi UIAM dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang baru-baru ini.
Di kesempatan itu, Tunku Azizah yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM turut menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendaftar.