Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Sibuk Dengan Buku, Hampir Terlepas..." Dr Sheikh Muszaphar

Badrul Hashim 18/07/2020 | 07:54 MYT
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang baru melancarkan bukunya yang bertajuk 'My Way Of Parenting' berkongsi kisah bahawa dia hampir terlepas temu janji untuk imbasan jantina anak di dalam kandungan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos.
Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi kisah imbasan jantina cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi.
Baca: Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bakal Timang Anak Kembar Kali Kedua, "Kami Selalu Mahukan Keluarga Besar.."
"Saya begitu sibuk dengan pesanan buku-buku sehingga hampir terlepas temu janji imbasan jantina semalam.
"Tapi yang penting, saya berjaya sampai. Kandungan Dr Halina dah masuk 17 minggu lebih. Alhamdulillah, progres kembar di dalam kandungan adalah baik," tulis Dr Sheikh Muszaphar.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, hanya satu jantina kembar yang dapat dikenal pasti ketika imbasan jantina dilakukan.
"Salah seorang daripada kembar sedang tidur dan seorang lagi bangun dan cuba 'menendang' untuk membangun seorang lagi.
"Seorang perempuan, seperti kemahuan Dr Halina, seorang lagi tidak dapat dipastikan jantina kerana kedudukannya," terang Dr Sheikh Muzaphar.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia tidak kisah jantina bayi dan hanya berharap agar kedua-duanya berada di dalama keadaan sihat.

Video - Gender Scan I was so pre occupied handling the Book orders that I nearly missed the appointment Scan yesterday - Haha . Silly Me ... What’s important is I made it . Dr Halina’s pregnancy is now at 17+Weeks Alhamdulillah the progress of the Twins is good . One Twin is sleeping while the other busily kicking to wake the other up ... One is a Girl - Dr Halina got her wish ... The other - unknown because of the position . I’m okay with any gender . Just wishing for healthy babies . Salam Everyone Love As Always ... PS - The babies should be due in December . InsyaAllah . Please Doakan ... Amiinn ...

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Cahaya mata kembar mereka bakal dilahirkan pada bulan Disember nanti dan Dr Sheikh Muszaphar memohon doa agar semuannya berjalan dengan lancar.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
#Kembar #Dr Sheikh Muszaphar #Dr Halina
;