Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sibuk Dengan Kerja, Naim Daniel Tak Tergesa Nak Kahwin Muda - "Rumah Dah Boleh Masuk, Calon Isteri Sahaja Belum Ada"

Zulaikha Yusof 27/04/2021 | 05:25 MYT
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel, 24, akui tidak pernah terguris apabila sering menerima soalan bila ingin berkahwin.
Menurut Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata kesibukan dengan kerja barangkali menjadi penyebab dia sukar bertemu jodoh untuk berkahwin di usia muda.
"Saya tak pernah marah atau sentap kalau orang tanya bila nak kahwin? Saya sendiri pun tertanya dengan diri sendiri, bila ya aku nak kahwin?
"Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja. Baru minggu lepas, ada satu berita gembira.
"Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi," katanya kepada Gempak.
Naim ditemui ketika majlis sidang media filem Siapa Tutup Lampu yang diadakan di Grand Ion Delemen Hotel, pada Khamis.
Dalam pada itu, pelantun lagu Purnama menyatakan ibu bapanya tidak pernah memaksa dalam bab kahwin malah lebih cenderung menyuruh dirinya untuk bekerja.
Katanya, buat masa sekarang dia fokus untuk berbakti kepada keluarga dan sekiranya ibu bapanya ada berkenan dengan mana-mana wanita, dia akan menerima.
"Pelik juga mereka tak suruh. Ibu saya pula, lebih cenderung suruh saya kerja daripada berkahwin. Saya tak kisah pun sebab bolehlah berbakti pada mereka sebaiknya dahulu.
"Lagipun saya rapat dengan kedua-dua mereka sejak kecil. Soal kahwin ini, saya mudah saja. Kalau ibu ayah setuju dengan mana-mana wanita yang sesuai, saya okey saja," katanya lagi.
Sebelum ini, nama pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita antaranya pelakon Sasha Abedul, penyanyi Bunga Isme dan Iman Troye.
#Kahwin #Naim Daniel #Rumah #Calon Isteri
;