Anggota De Fam, Cik Manggis menepis dakwaan trio itu sudah berpecah selepas mereka membawa haluan sendiri sejak kebelakangan ini.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin berkata, buat masa sekarang dia serta dua temannya iaitu Azira dan Sophia sibuk dengan kerjaya solo masing-masing.
"Dakwaan mngatakan De Fam sudah berpecah adalah tidak benar ini kerana kami masih kukuh bersama dan memenuhi undangan menjayakan persembahan.
"Buat masa sekarang kami ada projek sendiri yang mana sebenarnya bagus untuk kelancaran karier masing-masing.Saya dan Azira sibuk berlakon, manakala Sophia muncul dengan lagu baru dengan Sakura Band.
"Kami masih berhubung dan berjumpa bersama jika ada masa terluang untuk berbincang mengenai single seterusnya.
"Sebenarnya kami dalam proses melakukan single ketiga dan mungkin akan keluar pada hujung tahun ini," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Cik Manggis, dia kini sedang sibuk melakukan promosi drama Klik! Pengantin Musim Salju yang membariskan pelakon hebat seperti Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, dan Ardell Aryana.
Drama Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkan tentang Adam Putra yang telah mengajak seorang gadis untuk berkahwin dengannya. Kay adalah seorang gadis brutal yang langsung tiada ciri-ciri feminin. Namun Kay hanya perlu berlakon sebagai isteri Adam.
Tindakan Adam mengajak Kay berlakon berkahwin hanya kerana ingin memastikan kesihatan neneknya tidak terjejas. Tunang Adam yang bernama Karlisha Zandra tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Jangan lupa untuk menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju disiarkan di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122), setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 7 malam.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto : Instagram / Google
Rozaimi Zubaidi
Mon Jun 04 2018


"Orang Melayu Ketika Itu Cenderung Mengkafir-Kafirkan ..." - Pengarah Angkat Novel Sasterawan Negara Jadi Filem
Imam yang merupakan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain

“Tak Pernah Terfikir Pula…” - Single Terbaharu Suki Tiada Kaitan Dengan Isu Curang
Tak ada kaitan dengan sesiapa.
.png?ext=.png)
ATNM2: Guru, Tukang Jahit, Busker - Siapakah 16 Peserta Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
Siapakah 16 Peserta ATNM2 Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
![[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…” [VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-44.png?ext=.png)
[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”
Rezeki Fikry dapat jaga ibu...
![[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf [VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-02-05-at-12-33-10-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf
Amir dah minta maaf
_2.png?ext=.png)
“Malang Tidak Berbau, Anak Ibu Jatuh…” - Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Selamat Jalani Terapi
Semoga cepat sembuh

Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...