Hiburan

"Sibuk Jaga Solat, Jaga Aurat.... Lupa Nak Jaga Berat" - Abby Abadi

gempak
Zulaikha Yusof
08/07/2019
04:22 MYT
Sponsor Banner
"Sibuk Jaga Solat, Jaga Aurat.... Lupa Nak Jaga Berat" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi berkongsi beberapa keping foto lama bersama anak-anaknya pada tahun 2010.
Menerusi perkongsian yang dibuat di laman sosial Instagram (IG), Abby mendedahkan berat badannya semakin bertambah, namun bukan disebabkan mengandung.
"Zaman kemeriahan mama. 2010 kalau tak silap. Kurus melepppss lagi masa ni.
"Nak bagitau saya gemmms bukan sebab beranak ye, tapi kuat melantak.
"Sebab dulu-dulu maintain je saya. Sebelum kahwin lagi kurus macam isap ganja haha (ehh yeke isap ganja kurus?)
"Lepas kurang aktif dalam industri, berjubah 24/7, masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, rasa semua tak ada masalah walhal dalam tak sedar makin memboyak.
"Sibuk jaga solat, jaga aurat lupa nak jaga berat. Bila dah memboyak, salahkan jubah besar pulak dah hahaha jubah dah tentu longgar kan?
"Sendiri la salah, sebab makan tak jaga dan kurang minat bersukan.
"Sibuk membela lemak beberapa tahun, naik 30 kilogram terus huhu," tulisnya.
Tambah Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, dia berasa gementar dengan kandungannya kali ini kerana hamil di usia 41 tahun.
"Haritu dah berjaya turun dekat 10 kilogram sekarang naik balik. Yeehee hehe baru 3 bulan lebih baby dalam perut.
"Kalau 9 bulan nanti capai 100kg, memang nyorok la jawabnya. Tutup IG sekejap hahaha sengal.
"Doakan kita tau. Mengandung di usia 40-an ni nervous je rasa. Memang berisiko.
"Dengan darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yang terakhir kali ni ye. Semoga berjaya melahirkan, Amin," tulisnya lagi.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sebelum ini Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Zaman Kemeriahan Mama ?? 2010 kalau tak silap . Kurus melepppss lagi masa ni. Nak bgtaunya sy gemmms bukan sbb beranak ye tp kuat melantak ?? Sebab dulu2 maintain je Sy. Sebelum kahwin lagi kurus macam isap ganja haha.. (ehh ye ke isap ganja kurus? ??) Lepas kurang aktif dalam industri, berjubah 24/7, masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, rasa semua takde masalahlahhh.. walhallll!!! ...dalam tak sedar, makin memboyak... ?? . Sibuk jaga solat, jaga aurat.. lupa nk jaga berat ??? Bila dah memboyak, salahkan jubah besar pulak dah hahaha.... jubah dah tentu longgar kan? Sendiri la salah, sbb makan tak jaga + kurang minat bersukan.. sibuk membela lemak beberapa tahun, naik 30kg teruss huhu ?Haritu dah berjaya turun dekat 10kg.. skrg naikkk balikkk.. yeeha! Hehe.. baru 3bulan lebih baby dalam perut. Kalau 9bulan nnti capai 100kg, mmg nyorok lah jawabnya. Tutup IG sekejap hahaha.. sengal ?? . Doakan kita tau. Mengandung di usia 40an ni nerbesss je rasa. Memang berisiko. Dgn darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yg terakhir kali ni ye. Semoga berjaya melahirkan aminnnn... ?
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024