Sibuk Kerja Di Bulan Ramadan, Alif Satar Tak Ketepikan Soal Kongsi Rezeki
Asraf Aided
26/04/2021 05:50 MYT
26/04/2021 05:50 MYT
Selebriti versatil, Alif Satar akui jadual kerjanya agak sibuk sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Namun menurut Alif, perkara itu membuatkan dia sedar akan peluang dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
"Selalunya sebelum ini, jadual kerja saya ketika bulan Ramadan tidak padat tetapi tahun ini agak berbeza.
"Boleh dikatakan tahun ini saya sibuk bekerja di bulan mulia ini, pernah saya terkejut dan tertanya-tanya kenapa jadual kerja saya sibuk pada bulan puasa.
"Tetapi saya lupa, ada banyak lagi orang yang sudah lama tak kerja seperti kru produksi dan ramai lagi terutamanya sejak pandemik, jadi perkara ini sebenarnya memberi kesedaran kepada saya," katanya.
Alif berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu berjudul Lagu Raya bersama The Locos, sekaligus mempromosikan hidangan keluaran Pasta Panas di Bangsar, Jumaat lalu.
Tambah Alif, dia juga berpeluang untuk berkongsi rezeki bersama orang lain dalam kedatangan Ramadan kali ini.
"Alhamdulillah, kesibukan bulan Ramadan kali ini banyak melibatkan saya dengan komitmen untuk berkongsi rezeki bersama orang lain atau to give back.
"Antara projek yang saya terlibat adalah bersama pihak AEON yang melibatkan 55 cawangan di negara kita.
"Menerusi projek itu, kami akan membantu golongan asnaf dalam kadar 1 daripada 10 produk yang terjual," katanya lagi.

#Penyanyi
#Alif Satar
#Ramadan
#Lagu
#Raya
#Puasa
#Aidilfitri
#Lagu raya
#Rezeki
#Bulan Puasa
#Kongsi Rezeki
#Amalan Bulan Ramadan
#The Locos