HIBURAN
Sicc Bakal Bergema Dengan “Aku Stacy Menggegar Kota U”
Penyanyi, Stacy Anam bakal menggegarkan kota kelahirannya dengan konsert solo berskala mega iaitu “Aku Stacy Menggegar Kota U” pada 21 Jun 2025.
Menurut Stacy, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi adalah manifestasi sepenuhnya terhadap cinta dan dedikasinya dalam dunia seni, khusus buat rakyat Sabah.
“Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu pengalaman yang penuh warna dan tenaga. Ini adalah hadiah paling istimewa untuk orang Sabah.
“Saya juga akan bawa penari dari Semenanjung dan gabungkan mereka dengan penari tempatan. Akan ada banyak gimik serta kejutan jadi saya tak sabar nak gegarkan SICC,” ujarnya.
Konsert ini juga bakal membawa penonton mengimbas perjalanan karier Stacy seawal era “Aku Stacy” hingga ke “Menyala”, dengan susunan muzik baharu, koreografi segar berserta visual pentas bertaraf antarabangsa.
“Setiap lagu ada ceritanya. Saya mahukan semua penonton pulang dengan rasa puas, terhibur dan terinspirasi,” tambah Stacy.
Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dan dibawakan oleh U Mobile, konsert ini menyaksikan penglibatan penuh Stacy dalam aspek produksi daripada konsep, susunan muzik, pemilihan pasukan kreatif hingga ke koreografi.
Tiket kini boleh didapati di laman web rasmi www.ticket2u.com. Berikut adalah senarai kategori dan harga tiket:
-
Not For Sale (Seating) – RM6,000
Aku Stacy (Seating) – RM399
Pelangi Senja (Free Standing) – RM257
Gilalah (Free Standing) – RM197
Jahat (Free Standing) – RM137
“Aku Stacy Menggegar Kota U” akan berlangsung pada 21 Jun 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.