“Side Job Jual Phone Case?” – Lai Kuan Lin Letak Foto Sarung Telefon Pun Dapat Lebih 200 Ribu Likes

Mya Amri
April 12, 2019 10:17 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) bekas anggota kumpulan WANNA ONE, Lai Kuan Lin kini mencecah 2 juta.
Lai Kuan Lin telah memuat naik sebanyak 64 posting sejak akaun itu dibuka pada 7 Januari lalu.
Dalam pada itu, kemas kini terbaru dimuat naik Kuan Lin yang hanya merakamkan foto sarung telefon telah mendapat lebih 200 ribu likes.
Paling lucu apabila peminat mula mengusiknya seolah-seolah Kuan Lin merupakan penjual sarung telefon.
“Guan kamu kenapa? Jualan handphone? Dah bangkrup?” usik @inshx__
“Untuk pesanan lanjut, sila lah DM Guanlin,” komen @nandayuananda
“Side job kamu jual phone case?” tulis @amaliamstka
Difahamkan, Kuan Lin membuka akaun berkenaan selepas pembubaran WANNA ONE hujung tahun lalu.
Foto: Instagram @official_lai_kuanlin
#Artis Korea #Wanna One #Lai Kuan Lin