Sifatkan Allahyarham P.Ramlee Genius, Melly Goeslaw Hampir Beri Anak Nama Sazali
Maliah Surip
30/11/2022 02:52 MYT
30/11/2022 02:52 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Melly Goeslaw mendedahkan kerana terlalu mengagumi bakat luar biasa yang dimiliki Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, beliau hampir memberi nama anaknya dengan nama Sazali.
Sazali adalah watak yang dimainkan Seniman Agung itu, Anakku Sazali sekaligus menjadi salah satu lagu runut bunyi dalam filem yang diterbitkan pada sekitar tahun 1956.
Keinginan tersebut wujud kerana sewaktu pertama kali jatuh cinta dengan karya karya P Ramlee, Melly sedang hamil dan tidak lekang mendengar serta membaca kisah hidup pesohor seni yang cukup ikonik itu.
“Kerana terlalu mengagumi karya karya P.Ramlee, saya hampir memberi nama anak yang saya kandung sewaktu hadir ke Malaysia dengan nama Sazali,” akui Melly saat ditemui Gempak.
Bagaimanapun, Melly yang dikurniai anak lelaki sebaliknya memilih nama yang cukup unik buat dua orang cahayamata hasil perkahwinan dengan Anto Hoed.
Mereka dinamakan dengan nama Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Meski tidak jadi menamakan anak lelakinya dengan nama Sazali, Melly yang menyifatkan P.Ramlee sebagai genius mahu terus karya pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh yang meninggal pada usia 44 tahun tersebut terus subur dan menjadi inspirasi generasi pelaku seni dan pemuzik masa kini.
“Saya selalu ingin generasi sekarang atau adik adik yang muda muda, muzik yang didengar sekarang, biar sehebat apapun, inspirasinya dari yang dulu juga. Jika di Indonesia ada Benyamin, di Malaysia ada P Ramlee.
“Mudah mudahan masyarakat Malaysia dan Indonesia terus menyayangi dan mencintai karya karya beliau. Di Indonesia misalnya ada ramai yang sangat meminati karya beliau, jadi biar terus dijadikan rujukan dan inspirasi ya,” lanjut Melly.
Terdahulu Melly dan suaminya mengambil kesempatan menziarah ke pusara figura yang sangat dihormati dan dikaguminya iaitu Allahyarham P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang sejurus tiba dari Jakarta, Indonesia.
“Memang yang pertama saya ingin lakukan saat kembali menginjak kaki ke Malaysia pada kali ini adalah menziarah pusara P Ramlee sebagai sebuah penghormatan dan apresiasi terhadap beliau yang amat saya kagumi.
“Sebelum ini saya sudah pernah singgah di muziumnya dan kali ini Alhamdulillah dapat ziarah pusara. Mudah mudahan doa baik bukan sahaja dari saya, tapi dari kita semua sampai buat P Ramlee di syurga Allah S.W.T,” katanya.
Melly, 48, berada di ibu kota untuk bertemu media pada sidang akhbar Ada Apa Dengan Melly? untuk mengumumkan konsert sulungnya yang dijangka berlangsung tahun hadapan.