Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Sihat & Sakit Allah Tentukan” - Syukur Hafiz Suip Dah Jumpa Doktor, Badan Makin Kembang!

Hanafis Haris 08/07/2021 | 23:50 MYT
Selepas mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat berhubung status kesihatannya, penyanyi Hafiz Suip tampil dengan perkongsian terbaru.

Menerusi satu posting di Instagram, Hafiz menyatakan badannya kini semakin berisi dan sedang menantikan pembukaan semula gimnasium.

“Ni ha sikit lagi nak kembang ni, tunggu gym buka je.

“Guys sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan bukan sapa sapa yang tentukan even diri kita.

“Tapi sebagai asbab untuk kita tahu itu yang kita jumpa doctor, so far Alhamdulillah ok guys.

“Dah jangan fikir banyak, kita teruskan usaha kita guys. Salam Asar guys, yang dirumah stay safe dan ikut lah SOP,” katanya.

Tambahnya, dia juga berdoa supaya urusan pengikut Instagramnya dipermudahkan.

“Yang tengah mencari keperluan saya doakan semoga di permudahkan segala urusan korang.

Thanks guys for your concern, love u guys till jannah Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Hafiz menimbulkan kerisauan ramai apabila memuat naik gambar hitam putih dengan keadaan badannya yang susut.

Menerusi hantaran di Instagram itu juga, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kematian.

BACA : Hafiz Suip Mohon Maaf & Berpesan Tentang Kematian, Netizen Tanya; "Kenapa Kurus Sangat Ni?"

#Viral #Hafiz #Sihat #PKP Sambung #HafizSuip
;