Hiburan
“Sihatnya Kek Tu!” - Sambut Ulang Tahun Anak, Kek Buah Aman Ra Tarik Perhatian Netizen
Penyanyi rap Aman RA menarik perhatian wargamaya apabila meraikan ulang tahun kedua anak perempuannya dengan kek yang diperbuat daripada buah-buahan.
Menerusi laman sosial Instagram, Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 33, berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.
“Happy birthday, Ratu Raiqa!” tulis Aman sebagai kapsyen.
Menariknya, buah tembikai, epal hijau, oren dan anggur dipotong mengikut pelbagai bentuk dan disusun meninggi seolah-olah kek bertingkat.
Tidak ketinggalan lilin beserta nombor dua mewakili umur anaknya yang baru memasuki usia dua tahun.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya memuji rekaan kek daripada buah-buahan tersebut.
“Saya nak sepotong kek tu! Happy birthday Ratu Raiqa,” tulis penyanyi Alif Satar.
“Happy birthday Ratu Raiqa”, komen pelakon Alvin Cong.
“Menarik betuk kek dia, nak tirulah nanti,” usik seorang wargamaya.
“Literally kek buah! Happy birthday Ratu, much love!” komen seorang wargamaya.
“Kek yang tersangat sihat! Semoga menjadi anak yang solehah Ratu. Stay safe,” doa seorang wargamaya lagi.
Perkongsian Aman RA itu sehingga kini telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada wargamaya.
Untuk rekod, Aman dan isterinya, Atikah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.