Hiburan

Sikap Gentleman Hafiz, Cairkan Hati Wanita Saya - Lufya

gempak
Ahmad Shah
01/11/2016
15:35 MYT
Sponsor Banner
Sikap Gentleman Hafiz, Cairkan Hati Wanita Saya - Lufya
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar mengakui sikap ‘gentleman’ Hafiz atau Dr. Che Muhammad Hafiz membuka hatinya untuk menerima lelaki tersebut sebagai suaminya.
Lufya, 31, ketika ditemui Astro Gempak berkata, Hafiz seorang lelaki yang sangat menghormati wanita dan pandai mengambil hati orang tua.
“Hafiz seorang yang ‘gentleman’, dia satu-satunya lelaki yang berkawan dengan saya dan berani meluahkan perasaannya di hadapan ibu dan bapa saya.
“Saya terkejut apabila Hafiz melamar saya di hadapan ibu dan bapa pada Ramadan lalu ketika berbuka puasa bersama keluarga saya. Kesungguhan Hafiz cairkan hati wanita saya dan itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya.
“Selepas dia menyatakan kesudiannya untuk mengahwini saya, kami mengikat tali pertunangan pada bulan yang sama,” katanya.
Katanya lagi, dia dan Hafiz mengambil keputusan untuk berkahwin kerana mahu membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
Pasangan ini juga memilih 26 November sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.
“Ya, mungkin ramai yang tidak tahu tentang majlis perkahwinan kami pada 26 November ini kerana majlis tersebut bukanlah besar-besaran.
“Majlis pernikahan dan resepsi sebelah perempuan akan diadakan serentak di Kuala Lumpur manakala majlis di sebelah lelaki di Kuantan,” katanya.
Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu, persiapan perkahwinannya juga sudah hampir sempurna termasuk mengedar kad undangan perkahwinan sejak awal bulan lalu.
Menyentuh tentang kerjayanya selepas kahwin, Lufya memberita suaminya seorang yang sangat memahami dan tidak menghalangnya untuk terus aktif di lapangan seni.
“Kami sudah bincang tentang perkara tersebut, dan Hafiz tiada masalah sekiranya saya terus aktif berlakon cuma perlu tahu batas sebagai seorang isteri,” ujarnya.
Lufya ditemui pada Majlis Minum Petang Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua di Ruang, Seksyen 16, Shah Alam, petang Selasa.
Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan sebuah program baru yang disiarkan bermula 9 Oktober lalu, di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Ahad, pukul 7.30 malam.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live