Laman Utama
Sikit Lagi Sebelum Boleh Balik Kampung! Jaga Keselamatan Ibu Bapa, Ini Nasihat KJ...
Seperti diketahui umum, kerajaan bakal memberi kebenaran rentas negeri kepada rakyat Malaysia apabila 90 peratus daripada populasi dewasa menerima vaksin COVID-19 lengkap.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi galakan kepada mereka yang banyak berhubung dengan ramai orang untuk melakukan ujian saringan COVID-19 secara berkala, begitu juga bagi mereka yang mahu pulang ke kampung bertemu keluarga.
"1.6% lagi sebelum sempadan negeri dibuka. Meskipun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simtomatik. Kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian saringan secara berkala.
"Jika anda mahu balik kampung berjumpa ibu bapa yang sudah berusia, lakukanlah ujian RTK air liur terlebih dahulu, pastikan mereka selamat," coretnya di Twitter.
Beliau menambah, Malaysia yang kini menuju fasa endemik amat memerlukan tanggungjawab setiap individu sendiri berbanding kawalan pihak polis seperti sebelumnya.
"Kita kini sedang menuju endemik, kita sudah tidak boleh mengawal dengan polis lagi, contohnya seperti sekatan jalan raya untuk memeriksa bukti telah menerima vaksin atau diuji sepenuhnya.
"Sekarang, ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan sikap peribadi, saya yakin kita dapat sama sama bangkit menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely," kongsinya lagi.
1.6% before interstate borders open. While @KKMPutrajaya has transitioned to symptomatic testing, we encourage people who are in high contact & mobility settings to test regularly. If you want to balik kampung to see elderly parents, do a RTK saliva test. Keep them safe. pic.twitter.com/uFXVgJ8nLm— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 6, 2021
Kredit Foto: AWANIAs we transition towards endemicity, we cannot police things anymore i.e. set up roadblocks to see if you have been fully vaccinated or tested. Much will now depend on personal responsibility and behaviour. I believe we can rise to the challenge in #ReopeningSafely.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 6, 2021
Must-Watch Video