Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sila Baca Jika Boss Anda Seorang Yang Cerewet, Kuat Marah, Suka Mengarah Dan Menyakitkan Hati!

Fiza Kamarudin
16/06/2020 14:05 MYT
Adakah boss anda tergolong dalam kategori yang disebutkan di atas? Dalam erti kata lain anda mempunyai boss yang bermasalah iaitu cepat marah (panas baran), tidak sabar, kuat mengarah, cerewet, sukar untuk dipuaskan dan suka menyibuk dalam kerja-kerja yang anda buat.

Ada orang boleh bertahan dengan boss yang macam ni, ada sesetengahnya pula tidak mampu dan akhirnya mengalami tekanan dan kehidupan terganggu.

Ini tips yang mungkin boleh membantu anda untuk mengambil hati atau memperbaiki hubungan dengan boss anda:

#1 Kenali boss dengan lebih dekat
Boss bermasalah ini selalunya tidak tahu bagaimana untuk menghargai diri sendiri. Jadi mereka menyerang self-esteem orang bawah untuk buat mereka rasa kuat dan dihargai. Jalan terbaik ialah menyesuaikan diri dengan corak peribadi dan emosi boss kita supaya kita tahu cara untuk memuaskan, atau sekurang-kurangnya mengelak, ego boss kita.

#2 Cari sisi peribadi atau hidupnya yang anda mungkin boleh suka
Paling penting, layan dia seperti anda mahu diri anda dilayan. Tidak perlu membodek boss untuk buat dia suka pada anda. Kesetiaan dan komitmen lebih penting. Kesungguhan ialah emosi yang merebak dan boss anda pasti akan menghargai anda sekiranya anda menunjukkan kesungguhan dalam kerja.

#3 Bersangka baik dengan sikap panas barannya
Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Cita rasanya tinggi. Dia agak cerewet. Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, Cuma mungkin cara percakapannya sedikit kasar.

Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan, profesionalisme dan kecekapan bekerja supaya dia sedar yang and ada kelebihan tersendiri.

Berikan dia idea-idea bernas dari kepala anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.

#4 Jangan buang masa
Kalau tidak boleh juga jadilah boss sendiri. Ada orang memang tidak akan berubah walau sebaik manapun kita cuba berbaik dengannya. Jadi jangan buang masa. Tukar kerja!

Okaylah kepada anda semua kalau nak tengok relaiti di pejabat, tontonlah sitkom komedi How Not To Lose Your Job.

Serius, korang mesti jatuh cinta!

Sitkom mencuit hati ini ditayangkan setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak. Anda juga boleh menonton kesudahan kisah Miss JJ dan teman-temannya di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.

[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 3 - Nasib Boleh Diubah
#Tips #How Not To Lose Your Job #Boss Cerewet
;