Penyanyi Silah yang juga bintang Kilauan Emas musim ketiga, menghembuskan nafas terakhir akibat pandemik COVID-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, jam 10.20 malam tadi.
Isterinya Norasidah Khamis berkata, Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 4 Mac lalu dan keadaannya krtikal selepas lima hari.
Kata Norasidah lagi, suaminya ditidurkan selepas 15 minit tiba di wad kecemasan atas persetujuan ahli keluarga.
“Doktor ada bertanya sama ada mahu membiarkan keadaan seperti biasa atau pesakit ditidurkan. Arwah mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan batu karang.
"Jadi, keluarga buat keputusan menidurkannya, itulah jalan terbaik agar tidak terus tersiksa.
"Bagaimanapun, arwah dipindahkan ke wad pesakit COVID-19, jam 4 pagi, kelmarin. Keesokannya, doktor melakukan dialisis darah dalam keadaan ditidurkan.
"Itu juga kali pertama arwah buat dialysis. Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okay, cuma buah pinggangnya sudah teruk, begitu juga paru-paru.
"Pihak hospital sedaya upaya melakukan terbaik untuk menyelamatkan arwah suami, namun, Allah lebih menyayanginya.
"Anak memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.20 malam tadi," katanya.
Arwah Silah meninggalkan sembilan anak dan seorang cucu. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, hari ini.
Fiza Kamarudin
Sat Mar 12 2022


Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!

“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah