Laman Utama
“Silap Besar”- Puteri Sarah Setuju Lelaki Berubah Selepas Berkahwin
Pelakon Puteri Sara Liyana setuju dengan kenyataan lelaki akan berubah selepas berkahwin.
Kenyataan itu dibuat selepas berkongsi satu artikel di media sosial mengenai pengajaran boleh diambil setiap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga.
"Suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin korang rasa dah cukup kenal perangai pasangan, silap besar,” tulis kenyataan itu.
Puteri Sarah berkata, walaupun pengajaran yang dikongsikan itu tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya, namun dia bersetuju dengan beberapa perkara yang dikongsikan.
"Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua.
“Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul," katanya.
Puteri Sarah yang baru pulang dari bercuti di Tokyo, Jepun bersama dua anaknya berharap wanita yang menjadi mangsa curang supaya lebih tegas dalam setiap pendirian seperti yang dikongsikan artikel itu.
"Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
"Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat," tulisnya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar.
Must-Watch Video