Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Silence Is Golden" - Ruhainies

Amri Hassan
06/05/2024 03:55 MYT
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.

Tulis Ruhainies dalam ayat berbahasa Inggeris 'Silence is golden' yang membawa makna diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Selain itu, Ruhainies turut mengulangsiar hantaran daripada posting sebuah akaun Instagram lain mengenai sikap berdiam diri daripada membalas kepada orang yang mencaci maki.

"Jangan kau membalasnya. Jika ada orang yang mencacimu dengan aib yang ia ketahui ada padamu. Janganlah kamu balas mencacinya dengan aib yang kamu ketahui ada padanya. Kerana pahala untukmu dan dosa untuk dia," tulis petikan daripada hadis HR Ahmad.

BERITA TRENDING: "Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah


Selain itu, Ruhainies turut berkongsi nota di Instagram Notes dengan menulis 'the truth will prevail' berlatarkan lagu Stolen (Jay Sean).

Ayat tersebut membawa makna 'kebenaran pasti akan menang'.

Bagaimanapun, hantaran di IGs dan IG Notes itu tidak dipastikan ditujukan kepada pihak mana.

Imbas semula, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.

Tidak lama kemudian, Ruhainies menerusi muat naik di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan ingin menamatkan sengketa antara mereka.

Selepas itu, Aliff pula muncul dalam sebuah podcast The Common Folks SG dengan menceritakan kronologi yang berlaku membabitkan beberapa pihak termasuk Bella, Ruhainies, Sarah Yasmine dan Muaz Zabir.

BERITA TRENDING: "Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!

PILIHAN PEMBACA: Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”

#Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Khalwat #Hadis #Diam #Golden #Silence
;