Simon Cowell Batal Penglibatan Sebagai Juri X Factor Israel
Asraf Aided
31/05/2021 14:10 MYT
31/05/2021 14:10 MYT
Juri terkemuka antarabangsa, Simon Cowell telah membatalkan pembabitannya sebagai salah seorang juri dalam program X Factor Israel yang akan bermula tidak lama lagi.
Memetik laporan Variety, wakil penerbit program itu, Reshet mengatakan Cowell berbuat demikian atas sebab-sebab tersendiri.
Dalam pada itu, Reshet juga tidak mendedahkan sama ada Cowell masih akan terlibat di mana-mana bahagian program tersebut atau sebaliknya.
Sekitar hujung tahun lalu, Cowell dikatakan telah menandatangani perjanjian untuk berkhidmat sebagai juri dalam program berkenaan.
Difahamkan, pembatalan itu disahkan selepas kakitangan Cowell membuat panggilan telefon menyatakan kebimbangannya terhadap isu keganasan di Gaza baru-baru ini.
Bagaimanapun, individu yang bercakap bagi pihak Cowell itu tidak menyatakan secara spesifik tentang kebimbangan yang dimaksudkan.
Kredit Foto: Variety