,
Laman Utama

Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham

Mya Amri
08/06/2023
15:45 MYT
Penyanyi Indonesia, Putri Ariani meraih perhatian ramai apabila mendapat Golden Buzzer di program America’s Got Talent (AGT) daripada juri terkemuka, Simon Cowell.
Mempersembahakan lagu berjudul Loneliness yang merupakan hasil ciptaannya sendiri sambil bermain piano, Putri kemudiaanya mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada juri serta penonton.
Terpukau dengan kemerduan suara Putri, Simon turut meminta gadis berusia 17 tahun itu menyampaikan lagu kedua dengan menyanyikan lagu hit karya asal Elton John berjudul Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Selepas selesai membuat dua persembahan, Putri menerima Golden Buzzer daripada Simon.
Dalam pada itu, bakat Putri juga turut mendapat perhatian pelakon terkenal Hollywood, Heidi Klum.
“Kisah yang memberi inspirasi... Suara yang luar biasa... Saya dapat melihat Grammy pada masa hadapan untuk Putri,” tulis Heidi di akaun Twitter miliknya.
Selain Heidi, kisah Putri itu juga turut menarik perhatian bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Putri Ariani telah menjadi seorang superstar dan mungkin akan memenangi anugerah Grammy pada masa akan datang.
“Dia adalah contoh bahawa ketidakupayaan bukanlah bermaksud dunia telah berakhir. Putri dikurniakan salah satu suara bidadari yang paling manis. MasyaAllah…” coret beliau.
Terdahulu, penyanyi remaja berbakat besar itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami cacat penglihatan.
Sebelum ini, ketika berusia lapan tahun, Putri pernah memenangi program Indonesia's Got Talent pada 2014 .
Selain itu, Putri juga pernah tampil dalam majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Putri juga turut memiliki album berjudul Melihat Dengan Hati pada tahun 2020 dan Tak Mampu Lupa yang mendapat 11 juta penstriman di platform Spotify.
Untuk info, Golden Buzzer hanya diberikan kepada lima peserta yang bertanding dalam AGT dan akan terus mara ke peringkat suku akhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Hollywood

Heidi Klum Suka Berpakaian Seksi, Bangga Tayang Badan : “Saya Hanya Mahu Bergembira”

gempak
08/11/2024
14:55 MYT
Bintang Hollywood Heidi Klum sudah berusia 51 tahun dan dia mengaku masih gemar berpakaian seksi serta mempamerkan bentuk tubuhnya.
Hollywood

Simon Cowell Kenang Kematian Liam Payne: “Anak Anda Punya Senyuman Seperti Anda”

gempak
19/10/2024
13:50 MYT
Dua hari selepas kematian Liam Payne, pengasas grup One Direction, Simon Cowell mencoretkan kedukaan di media sosial terhadap tragedi yang menimpa penyanyi itu.
Viral

Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

gempak
01/10/2024
15:25 MYT
Isu penipuan dalam kalangan peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Unitar