Simpan Bahan Lucah Kanak-Kanak, Pelakon Glee Dipenjara 7 Tahun

Amri Hassan
Oktober 5, 2017 05:47 MYT
Pelakon drama bersiri popular Glee, Mark Salling dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Mark juga diperintahkan untuk membayar AS$50,000 (RM211,425) kepada setiap mangsa selain diwajibkan mengikuti program kaunseling.
Pelakon yang popular dengan watak Noah Puckerman dalam drama bersiri Glee itu ditahan kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak pada Disember 2015 selepas dimaklumkan oleh bekas kekasihnya kepada pihak berkuasa.
Sebanyak 25,000 keping gambar dan 600 video melibatkan pornografi kanak-kanak semuda tiga tahun ditemui dalam peranti mudah alih dan komputer peribadinya.
Pada Mei 2016, Mark dituduh terlibat dengan dua kes menerima dan menyimpan gambar pornografi kanak-kanak namun kes itu digugurkan sebulan kemudian.
Selepas aduan difailkan semula kepada Mahkamah Tinggi California pada Selasa (3 Oktober), Mark didapati bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Straits Times, BBC
#Hollywood #Hollywood #Glee #Mark Salling