Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad menempelak kenyataan pelakon Catriona Ross yang sebelum ini geram dan kesal dengan tindakan rakat yang berduyun-duyun pulang ke kampung beberapa hari menjelang lockdown.

BACA: "Why Are You 'Setupid'?" - Berang Ramai Degil Balik Kampung, Catriona Ross Dakwa Rakyat Gagal!

Kata Suhaimi menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Catriona seharusnya memahami masalah dan keperluan orang yang masing-masing berbeza.

"Amboii.. Sedap dan nampak puas, klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se tu pid dan bingai eh. Jangan megah sangatlah dapat buat macam tu kak.

"Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama. Jangan buat baju satu saiz,lepas tu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama, tu lagi bingai.

"Dah setahun lebih kot orang patuh, taat, ikut, sabar. So kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan? Simpanlah kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat," katanya berserta tanda pagar #donebelarakyat.



Catriona menerusi rakaman video yang memaparkan wataknya sebagai Kak Kek tampil membebel dengan sikap segelintir rakyat yang tidak mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Tindakan pentingkan diri itu boleh mengundang risiko dan membahayakan pihak lain terutamanya yang sentiasa patuh dengan arahan kerajaan.

Dalam hantaran sama, Catriona turut meninggalkan persoalan sama ada kerajaan gagal atau rakyat gagal.

Video terbabit tular dan mendapat pelbagai reaksi ramai. Hingga kini ia ditonton hampir 400,000 kali.