"Simpan Kenangan Ini Sebaik Mungkin," - Natasha Hudson Lalui Memori Indah Bersama Pelarian Syria

Elrafaei Sapi
Ogos 23, 2018 08:46 MYT
Pelakon popular, Natasha Hudson berkongsi pengalaman sendiri bertemu dengan pelarian Syria ketika berkunjung ke Mafraq, Jordan baru-baru ini.
Dalam status di Instagramnya, @natashahudsonofficial menyatakan dia melihat bagaimana pelarian Syria di sana tidak kira golongan dewasa, kanak-kanak dan wanita bebas untuk berjalan di sekitar kawasan tersebut tanpa rasa takut.
"Kanak-kanak dan remaja bermain di jalan tanpa mengejar dunia dan apa yang sedang berlaku. Kami tidak jauh dari sempadan Daraa, Syria dalam 15 hingga 20 minit perjalanan saja," katanya.
Baginya, setiap detik dia merakam memori yang indah ke dalam fikiran.
"Simpan kenangan ini sebaik mungkin, meskipun gambar sukar mengimbas kembali pengalaman ketika berada di sini.
"Ia sentiasa seperti mimpi setiap kali melancong dan balik ke rumah. Masa, saya berharap dapat simpan momen ini," katanya.
Bagaimana dia meluahkan perasaannya ketika berada di sana, Natasha menyatakan meskipun masa tidak dapat diperlahankan tapi ia boleh digunakan dengan sebaiknya tapi membazirkannya.
"Berbual dengan masyarakat di sini, dengar cerita mereka, menangis jika perlu, kongsi apa yang boleh memberi kelebihan pada kedua dunia dan akhirat," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @natashahudsonofficial
#Natasha Hudson #Syria #Mafraq