"Simpanan Tunai, Belajar Di Universiti 'Oversea' & Beli Kereta Sport" - Aliff Syukri Lambakkan Kemewahan Pada Anak-Anak Dengan Syarat ...

Zulaikha Yusof
Oktober 20, 2020 04:40 MYT
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Shukri menyatakan kerja keras yang dilakukan semua ini adalah untuk anak-anaknya.
Menurut Aliff, 33, dia ingin anak-anaknya merasa kemewahan yang tidak diperolehinya sewaktu kecil dulu.
"Kenapa saya bekerja keras sebab saya ingin menjadi seorang abah. Adalah satu impian saya daripada remaja lagi.
"Saya ingin menjadi seorang superhero kepada anak-anak saya terutama anak perempuan saya, saya nak anak perempuan saya dipandang tinggi.
"Saya nak buat anak saya yang paling istimewa sebab tu setiap anak saya akan belikan insuran, simpanan tunai.
"Habis sahaja sekolah saya akan belikan kereta sport, akan pastikan mereka belajar di universiti luar negara, saya beri penjagaan terbaik dan beri masa setiap hari dengan mereka terutama sewaktu remaja.
"Dan saya akan pastikan calon pasangan yang terbaik buat anak kesayangan saya kelak.
"Macam saya sayang anak saya dia kena buat lebih, sebab saya tak dapat ketika kecil dahulu. Dengan syarat mereka hormat saya dan tidak lalai dengan dunia dan akhirat," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur tersebut mengakui berasa takut sekiranya didikan yang diberikan itu salah.
Walaubagaimanapun, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman mendoakan agar anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan juga di akhirat.
"Mungkin Allahu takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa.
"Saya nak suatu hari nanti anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat, amin.
"Bila anak dah membesar saya secara automatik terasa takut kalau salah cara mendidik anak. Doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka," tulisnya lagi.
Aliff dan dan isteri, Datin Seri Shahida berkahwin pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.
#Anak #Aliff Syukri #Mewah