"Simpati Masih Tetap Wujud Walau Apa Pun Berlaku, Sebagai Anak & Menantu Kami Tetap Mendoakan" - Fazley Yaakob

Rozaimi Zubaidi
Oktober 4, 2018 05:12 MYT
Cef selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob mengakui bersimpati selepas mengetahui ibu mertuanya, Datin Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley mendoakan agar segala proses akan dipermudahkan dan menyerahkan keputusan kepada pihak
mahkamah untuk menentukan siapa yang bersalah di dalam isu ini.
"Beliau telah di tahan. Sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau.
"Simpati masih tetap wujud walau apa pun yang berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
"Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Biar mahkamah yang memutuskan," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap Fazley yang sentiasa terbuka dan mendoakan yang terbaik pada ibu mertuanya walaupun mereka sebelum ini mempunyai masalah dalam keluarga.
#Chef Selebriti #Datuk Fazley Yaakob