Simple & Magikal! 'Beach Wedding' Juliana Evans Selepas Enam Bulan Bernikah

Amri Hassan
November 20, 2017 02:31 MYT
Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi pelakon cantik Juliana Evans dan suaminya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah di The Andaman Resort, Pulau Langkawi, Kedah.
Majlis resepsi tepi pantai itu berlangsung penuh elegan, ringkas namun magikal.
Juliana menyarung persalinan dres putih rekaan Cosry manakala suaminya kelihatan segak dengan sut lengkap berwarna hitam.
Berlatar belakangkan Laut Andaman majlis resepsi pasangan itu dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat sahaja termasuk keluarga pelakon Liyana Jasmay dan Tiz Zaqyah.
"Hanya majlis ringkas untuk keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja," tulis Juliana menerusi akaun Instagram peribadinya semalam.
Pada majlis itu Juliana turut diiringi oleh bapanya, Johari Evans berjalan melepasi lorong tetamu yang hadir. Ketika itu, Juliana akui dia menangis!
"Saya sudah tidak mampu menahan air mata saya apabila berjalan melepasi barisan tetamu yang hadir sambil diiringi bapa saya.
"Saya lihat kegembiraan terpancar pada wajah semua orang dan tiada kata-kata mampu diungkapkan," tambah Juliana.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu.
Kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @julianaevans, @dreampeaks
#Juliana Evans #Langkawi #Resepsi #Tengku Shariffuddin Shah