Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Sinematografi Ala Meteor Garden Versi Taiwan” – Netizen Tak Sabar Tonton Drama Chandelier

Azwa Rahman
22/01/2020 10:15 MYT
Trailer drama terbaru Chandelier mencuri tumpuan wargamaya kerana mempunyai persamaan dengan siri popular China Metoer Garden terutamanya dari segi sinematografi.

Menerusi laman sosial Instagram, pengarah terkenal Michael Ang berkongsi trailer berdurasi 30 saat yang menampilkan pelakon utama Ben Amir dan Mimi Lana untuk tatapan umum.

“Salam semua, drama ni kita cuba buat kelainan dari segi mood dan rupa. Dan dapat menunjukkan keindahan Malaysia bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi Ipoh Perak pun ada keindahannya tersendiri. Harap anda semua dapat feel tu,” tulis Michael sebagai kapsyen.

Salam semua. Akan datang setiap mlm Isnin-Khamis Di Astro ria n RiaHD 10pm #dramachandelier @missmimilana @benamirr mulai 10.02.2020. Drama ni kita cuba but kelainan dari segi mood n look. Dan jugak menunjuk keindahan Malaysia bukan Kuala Lumpur aje Ipoh, Perak pun Ada keindahannya tersendiri harap2 u all dpt feel tu!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Chandelier mengisahkan Keisha Edlina (Mimi Lana) menjadi gadis pisau cukur demi kesenangan dan kemewahan hidup.

Pada awalnya, Keisha menjalin hubungan dengan Datuk Eusoff dan hampir menjadi isteri keduanya tetapi setelah anak Datuk Eusoff cuba membunuh diri, Keisha memutuskan hubungan mereka. Malangnya, Keisha ditimpa musibah angkara dendam Datuk Eusoff hingga wajahnya tidak lagi sempurna.

Keisha bersembunyi di rumah Kaef (Ben Amir), pemilik kedai barangan sukan yang membantunya ketika diserang. Lama-kelamaan sikap Keisha berubah dan mereka berdua bercinta. Namun, cinta mereka diduga masalah besar.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang tidak sabar untuk menonton drama bersiri ini.

“Suka idea ni sebab up to date. Ala-ala Meteor Garden versi Taiwan sinematografinya,” ujar seorang wargamaya.

“Wah, so fresh, so nice! Tak sabar nak tengok,” puji seorang wargamaya.

“Wow, pantas! Mesti trending drama ni nanti. Ada si kacak Ben Amir!” kata seorang wargamaya.

“Excellent! Tak sabar nak tengok drama ni. Dah letak tarikh tu dalam kalender!” komen seorang wargamaya.

“Ohh, kalau pengarahnya Michael Ang, pasti cerita ni best. Tak sabar!” kata seorang wargamaya lagi.

Selain Ben Amir dan Mimi Lana, Chandelier turut menampilkan lakonan hebat Norman Hakim, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Chandelier bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 10 Februari ini di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

#Drama #Ipoh #Chandelier