Laman Utama
“Sinematografi Cantik, Lakonan Mantap, Imbau Zaman Sekolah! - Projek: Anchor SPM Dipuji Bawa Pembaharuan Drama Malaysia!
Semalam, Projek: Anchor SPM telah pun ditayangkan di Astro Citra dan seperti yang dijangka, drama premium terbitan Astro Originals ini mendapat kritikan positif penonton.
Menerusi pemantauan di Twitter rata-ratanya berpuas hati dengan setiap aspek ditonjolkan dalam drama ini.
Malah, kebanyakan mereka tidak menyangka pengarah benar-benar membawa genre ‘coming of age’ dengan baik.
Antara yang memuji drama ini adalah pengguna Twitter dikenali sebagai AlipHussaini.
“Projek: Anchor SPM membawa konsep baru dan segar kepada lokal televisyen kita.
“Walaupun baru episod satu, ia sangat meyakinkan dan original, mana ada tiru Bad Genius.
“Color grading cantik, lakonan pun mantap. Kita perlukan banyak cerita ‘coming of age’ macam ni berbanding drama daripada novel,” katanya.
Tambahnya, Projek: Anchor SPM juga banyak membawa kisah benar yang berlaku pada zaman SPM terutama di sekolah asrama.
“Budak tiup lampu, sibuk kejar ranking sekolah, ragbi semuanya ditampilkan dalam drama ini.
“Sinematografi juga cantik. Kudos pengarah dan team,” katanya.
Selain itu, anda juga boleh lihat beberapa lagi komen dan reaksi penonton semalam.
Jika anda terlepas peluang menontonnya semalam, Projek: Anchor SPM juga boleh distrim di platform Astro GO atau On Demand.
Untuk rekod, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam.
Must-Watch Video