Filem Penunggang Agama masih boleh ditonton di Astro First saluran 480.
Sudah sebulan ditayangkan, sambutan yang diterima daripada penonton masih menggalakkan.
Menjengah di laman media sosial, seorang pengguna yang menggunakan nama @IBCIG memuji dengan hasil sinematografi yang dilakukan oleh pengarah Syafiq Yusof.
"Satu aku suka kalau Syafiq Yusof jadi pengarah, sinematografi filem dia buat lawa sama macam filem yang Zul Ariffin dengan Elizabeth Tan berlakon tahun lepas yang ada dua versi filem, Misteri Dilaila," tulisnya menerusi satu ciapan.
Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
BACA: Tak Salah Pilih Hero & Heroin, Peminat Suka Gandingan Zul Ariffin & Azira Shafinaz Dalam Penunggang Agama
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Zulaikha Yusof
Tue Apr 27 2021
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
Pelakon, Ruhainies kini menetapkan akaun Instagramnya dalam mod provasi. Mod itu ditetapkan dipercayai selepas pendedahan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz yang dilakukan oleh Sarah Yasmine pada Rabu. Menerusi tinjauan di media sosial, akaun Instagram Ruhainies yang memiliki 1.7 juta pengikut itu ti
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.