Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Singkap Realiti Belakang Tabir Dalam One Million Dollar Voice

Izwan Isa
22/08/2023 14:50 MYT
Apakah kebenaran yang ada di sebalik tabir bagi sebuah rancangan realiti yang digilai ramai?

Judul: One Million Dollar Voice
Tarikh tayangan: 28 Ogos 2023
Waktu tayangan: Isnin hingga Khamis, 10 malam
Saluran: Astro Ria, On Demand, Astro GO
Episod: 32
Pengarah: Michael Ang

Sinopsis:
Drama rantaian ini merupakan sebuah drama yang diinspirasikan oleh kisah-kisah benar sebuah pertandingan realiti nyanyian terbitan Astro. Sepuluh penyanyi amatur mempunyai misi yang sama iaitu menyertai pertandingan realiti nyanyian One Million Dollar Voice terbitan Ria Nusantara Network dan memenangi USD 1 juta serta merebut gelaran juara #1MDV bagi musim keempat. Mereka akan melakukan apa jua untuk menyertai dan kekal dalam pertandingan tersebut. Mungkinkah musim ini merupakan musim paling ‘kotor’ yang dipenuhi dengan elemen jenayah?

Pelakon:
Amelia Henderson sebagai Zana
Lah Ahmad sebagai Joe
Emma Maembong sebagai TJ
Ben Amir sebagai Ali
Tracie Sinidol sebagai Aida
Ezra Kairo sebagai Prabu
Roy Aman sebagai Halim
Neeta Manis sebagai Sheila
Naufal Azrin sebagai Daim
Layla Sania sebagai Bella
Uriah See sebagai Felix
Keanu Azman sebagai Sajad
Zarul Husin sebagai Karim
Bee Aishah sebagai Sofia
Datin Nina Juren sebagai Hasnah
Zarina Zainoordin sebagai Suraya
Farid Amirul Tauke sebagai Hung
#GempakInfo #One Million Dollar Voice