Laman Utama
Single Baru Adele Trending...Tontonan Cecah 45 Juta Dalam Masa 24 Jam!
Single terbaru Adele berjudul Easy On Me ternyata mencetus fenomena apabila mendapat sambutan hangat oleh peminatnya di seluruh dunia.
Manakan tidak, jumlah tontonan muzik video lagu tersebut mencecah 45 juta di YouTube dalam masa 24 jam dilancarkan.
Malah menerusi tinjauan Gempak juga, Adele trending di Twitter hari ini pada kedudukan kedua setakat artikel ini ditulis.
Kebanyakan netizen berkongsi respon positif mereka mengenai lagu yang dinanti ramai itu.
Jika diperhatikan muzik videonya, ia mempunyai kesinambungan dengan dua lagu sebelumnya iaitu Rolling In The Deep dan Hello dimana cara duduk dan beberapa pergerakan mempunyai sedikit persamaan.
Untuk makluman, Easy On Me ditulis oleh Adele sendiri bersama Greg Kurstin.
Setakat ini, lagu-lagu yang meraih rekod tontontan tertinggi di YouTube dalam masa 24 jam dilancarkan adalah Butter (BTS), Dynamite (BTS), How You Like That (Blackpink), Ice Cream (Blackpink & Selena Gomez) dan Boy With Love (BTS feat Halsey).
Must-Watch Video