Hiburan
Single Terbaru Wani Kayrie Lebih 'Savage'! Macam Mana Tu?
Bintang Big Stage Wani Kayrie mendedahkan dia bakal merakamkan single terbaharu yang disifatkannya lebih savage dan segar.
Single yang mendapat sentuhan salah seorang komposer terkenal itu akan menyaksikan pembaharuan daripada Wani dan keluar daripada kepompong lagu pop dan balada.
"Insya-Allah lagu terbaharu saya akan dilancarkan tidak lama lagi dan semuanya sudah dalam peringkat perbincangan. Kalau tiada aral, saya akan masuk studio untuk rakaman dalam masa terdekat.
"Lagu ini lari daripada lagu Jangan Jangan, ia akan jadi lebih 'savage'. Jujur saya akui, lagu ini melekat di telinga sekali dengar dan single ini juga membolehkan saya menari.
"Saya tidak mahu dikenali sebagai Wani yang hanya tahu menyanyi muzik pop dan balada semata-mata tetapi saya nak cuba semua benda sementara usia masih muda," kata Wani kepada HLive.
Dalam perkembangan lain, Wany yang menyertai kumpulan Kroni dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) terpaksa akur apabila tersingkir pada minggu keempat.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).