Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Sini Kasi Bayar Dulu”- Wujud Lagu Judul ‘Haa Tepok’, Ini Respon Sharifah Sakinah

Syafiqah Jalal 19/07/2019 | 06:31 MYT
‘Haa tepok’, trademark yang dipopularkan oleh Sharifah Sakinah kini telah dijadikan lagu dan judul oleh seorang penyanyi rap.
Sakinah yang menyedari mengenai perkara itu akui menyesal kerana tidak mendaftarkan hak cipta ayat tersebut sebagai hak miliknya.
Sakinah pada mulanya meminta ia dibayar namun kemudian merelakannya.
“Taraaa maslaah. Sini kasi bayar dulu. Menyesal tak register intellectual property dulu. Tak apalah, I sedekah,” tulisnya.
Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkongsi perkara tersebut di entri terbaharunya dalam Instagram.
Menerusi entri tersebut, Sakinah memuat naik sedutan lagu tersebut yang menyebut “Haa Tepok”

Taraaa maslaah. Sini kasi bayar dulu. Menyesal tak register intellectual property dulu. Takpalah i sedekah .

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Entri berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya termasuk yang meminta Sakinah menuntut hak nya.
‘Haa tepok’ tular selepas ia dipopularkan oleh Sakinah dalam telefilem Bini Aku Dari... setahun yang lalu.
#Sharifah Sakinah #Lagu #Haa tepok #Royalti
;