“Sinovac Bertukar Macam Nanah, Pfizer Pula…” - Sebar Dakyah Mencurigakan, Netizen Mohon Jangan Percaya Teori Bekam Ini!
23/08/2021 22:41 MYT
Tular di media sosial sejak semalam mengenai pendedahan seorang individu terhadap perubahan warna darah mengikut jenis mengambil vaksin.
Menerusi posting di Facebook, individu itu mendakwa perubahan yang ditunjuk merupakan darah diambil selepas menjalani proses bekam.
Darah tersebut diasingkan mengikut jenis-jenis vaksin termasuklah Pfizer dan Sinovac.
“Selepas dibiarkan dalam beberapa minit selepas selesai bekam.
“Sinovac bertukar macam nanah, pfizer bertukar air kencing,” katanya.
Posting berkenaan bukan saja mencetuskan kekeliruan, malah rata-rata netizen bimbang sekiranya ia menjadi ‘modal’ untuk anti vaksin menyebarkan ‘dakyah’ tidak tepat.
Tambah membimbangkan, fakta itu juga dikhuatiri boleh merosakkan pemikiran warga emas yang sentiasa mudah percaya dengan setiap perkara yang tular di media sosial.
“Hebatlah yang buat bekam ni, dulu kerja dekat WHO kot”.
“Janganlah macam ni, muat naik gambar entah betul entah tidak, lepas tu dengan takda penjelasan saintifiknya”.
“Ni dapat dekat anti vaksin naya weh,” tulis beberapa netizen.