Laman Utama
Siri 366 Hari Ke-243 Tampil Jalan Cerita Berbeza, Angkat Keharmonian Hidup Di Malaysia
Bagi meneruskan kesinambungan siri filem web 366 yang bermula sejak awal tahun ini, Petronas kembali dengan episod kelima bagi siri berkenaan, Merdeka Malaysia Day Hari Ke-243.
Berbanding siri sebelumnya yang mengangkat kisah berasingan untuk perayaan berbeza, 366 yang membawa tema Mara Semula berkisar tentang sebuah cerita yang akan berkesinambungan sehingga episod ketujuh iaitu bagi sambutan Krismas dan tahun baharu.
Episod yang diterbitkan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini mempersembahkan watak-watak berlain bangsa yang terlibat sama dengan kisah kehidupan masing-masing, dan kisah mereka itu ada kena mengena dengan antara satu dengan lain, sama seperti apa yang ada dalam masyarakat tempatan.
Seperti filem web perayaan terdahulu, drama siri 366 menggabungkan dua dunia - Petronas dan industri perfileman tempatan. Dalam kerjasama ini, ia telah berjaya menaikkan pelakon-pelakon tempatan berbakat besar yang terlibat dalam 366.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata: “Episod ini menampilkan sinergi komuniti berbilang kaum yang bekerjasama untuk mencapai satu tujuan.
“Ia melambangkan dinamik rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana harmoni,” katanya.
Sejak penerbitan pertama sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina, siri ini berjauya meraih lebih 40 juta tontonan menerusi laman Youtube rasmi Petronas dan platform sosial media rasminya.
Diarahkan oleh pengarah tersohor, Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh pelakon Jehan Miskin, 366 menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Azwan Kombos, Angeline Tan, Azri Sabri, Lee Qi, Kenji Sawahii, Syarafina Abdullah dan Maheshwaran Manikam.
Must-Watch Video