,
Hiburan

Siri Assalamualaikum Kembali, Astro Jemput Warga Kelantan Ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Firdaus
27/02/2024
11:55 MYT
Sempena Ramadan yang bakal tiba, Astro menjemput warga Kelantan untuk hadir ke perkarangan Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian sempena Majlis Ambang Ramadan Astro pada Jumaat, 1 Mac bermula dari pukul 3 petang hingga 11 malam.
Majlis Ambang Ramadan Astro menampilkan aktiviti-aktiviti yang menyusuri ilmu agama seperti Tazkirah Ramadan bersama Faizal Ismail (FBI) selain beramah mesra dengan pengacara radio Gegar dan Zayan.
Selain itu, rakaman Tazkirah Malam Jumaat bersama bersama Amin Idris ,Prof. Madya Dato’ Dr Hj. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Zul Ramli M. Razali turut diadakan pada pukul 9 hingga 11 malam.
Selain menimba ilmu agama, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuklah pertandingan khat, mewarna dan memanah.
Lebih menarik, persembahan istimewa daripada Mawi, In-Team dan bintang All Stars Gegar Vaganza, Naqiu bakal menambah seri pada majlis tersebut.
Sekadar info, 100 pelanggan Astro terawal akan diberi barangan eksklusif percuma.
Maklumat lanjut layari https://promotions.astro.com.my/details/assalamualaikum
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.