Sempena Ramadan yang bakal tiba, Astro menjemput warga Terengganu untuk hadir ke perkarangan Masjid Kampung Tok Jembal di Terengganu bersempena Majlis Ambang Ramadan Astro pada Jumaat, 23 Februari bermula dari pukul 3 petang hingga 11 malam.

Majlis Ambang Ramadan Astro menampilkan aktiviti-aktiviti yang menyusuri ilmu agama seperti Tazkirah Ramadan bersama Faizal Ismail (FBI) selain beramah mesra dengan pengacara radio Gegar dan Zayan.

Selain itu, rakaman Tazkirah Malam Jumaat bersama Ustaz Izmir Fareez, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman turut diadakan pada pukul 9 hingga 11 malam.

Selain menimba ilmu agama, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuklah pertandingan khat, mewarna dan memanah.

Lebih menarik, persembahan istimewa daripada Mawi, In-Team dan bintang All Stars Gegar Vaganza, Naqiu bakal menambah seri pada majlis tersebut.

Sekadar info, 100 pelanggan Astro terawal akan diberi barangan eksklusif percuma.

Maklumat lanjut layari https://promotions.astro.com.my/details/assalamualaikum