BERITA
Siri Letupan Gereja & Hotel: Sri Lanka Isytihar Perintah Berkurung
Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta susulan beberapa siri letupan gereja dan hotel di Colombo pada Ahad, lapor Astro Awani.
Selain itu, akses ke media sosial dan perkhidmatan pesanan ringkas utama di negara itu turut ditutup.
Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan empat hotel di Colombo, menyebabkan seramai 138 orang terbunuh dan lebih 400 lagi cedera.
Letupan tersebut berlaku antara kira-kira 8.30 hingga 9 pagi Ahad waktu tempatan ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.
Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.
Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Must-Watch Video