Gaya Hidup
Sisi Berbeza Brad Pitt Dalam Fotografi Majalah Hiburan
Peminat Brad Pitt sering dipaparkan dengan gaya kemas dan imej bersih setiap kali muncul sebagai penghias majalah antarabangsa.
Namun, selepas perpisahan dengan Angelina Jolie, Brad akhirnya bersetuju untuk ditemubual dan foto terkininya dirakamkan.
Berbeza daripada imej terdahulu, Brad dirakamkan dalam beberapa momen yang mencerminkan rasa dan kandungan isi hatinya yang sedang berkecamuk.
Sedih, pilu dan resah. Itu gambaran yang disiarkan dalam edisi terbaharu majalah hiburan antarabangsa GQ.
Antara kesemua potret yang dirakamkan, salah satu gambar Brad sedang bergenang air mata menarik perhatian netizen.
Menerusi temubual tersebut, bintang filem Mr & Mrs Smith itu bercerita tentang hidupnya selepas perceraian dan inisiatifnya untuk berhenti minum arak demi menjadi individu yang lebih baik.
Oleh itu, kami kongsikan gambar-gambar sepanjang fotografi itu.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: GQ Style
Must-Watch Video