HIBURAN

Sissy Iman Terima Banyak Tawaran Jadi Pengacara, Tak Terfikir Nak Demand Harga – “Tapi Saya Masih Rasa…”

Umirah Halim 10/03/2025 | 07:55 MYT
Penyanyi dan hos, Sissy Iman mengakui bayarannya masih sama biarpun telah berjaya mengendalikan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) dengan baik.

Bayaran masih sama

Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana hos yang baharu.

“Tak terfikir untuk ‘demand’ pun, harga juga masih sama. Bahkan saya terbuka untuk bekerjasama dengan orang baharu dan juga program berbeza selepas ini,” kata Sissy ketika ditemui pada majlis pelancaran single raya terbaharu penyanyi Ara Johari, Zapin Malam Raya pada Sabtu lalu.
Meskipun pengacaraannya ketika di AJL30 meraih pujian, namun wanita berusia 30 tahun itu mendedahkan dia tidak berani untuk membaca komen di media sosial selepas acara tersebut.
“Sebenarnya selesai AJL39 saya takut sangat sampai tidak berani hendak melihat telefon. Sampailah saya pulang ke Malaysia, seorang kenalan memberitahu saya terima pujian
“Selepas itu, barulah saya berani baca komen. Alhamdulillah, saya bersyukur orang boleh menerima cara saya mengacara,” ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja, Sissy juga memaklumkan bahawa dia telah menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara majlis program korporat, namun masih belum mendapat keyakinan untuk menjayakan acara sebegitu.

“Walaupun banyak terima tawaran acara korporat, saya tidak berani untuk menjadi pengacara ‘on ground event’. Ramai yang kata rugi kerana pengacara acara sebegitu lebih mudah.

“Tetapi saya masih rasa tidak yakin kerana tidak pandai untuk berinteraksi dengan penonton. Pengacara televisyen dan acara langsung sebegitu sangat berbeza.

“Jika program televisyen, saya dibantu oleh pengurus pentas atau pengurus pentas yang akan menaikkan mood penonton. Jika acara korporat saya sendiri yang harus lakukan semua perkara, jadi saya belum ada keyakinan dan rasa takut lagi,” kata Sissy.

#Pengacara #Iman #Bayaran #Sissy