Siti Aafiyah Sebut Nama 'Datuk Siti Nurhaliza' Buat Pertama Kali Ketika Live di Instagram, Tokti Terkedu!

ZULHILMI JALIL
April 22, 2020 09:45 MYT

Anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid membuat kejutan apabila menyebut nama penuh ibunya buat pertama kali ketika sesi live di Instagram.

Telatah spontan Aafiyah yang baru berusia dua tahun itu ketika membantu ibunya mempromosikan tudung membuatkan penyanyi nombor satu negara itu berubah riak muka terkejut.
Menurut Siti, itu pengalaman pertamanya mendengar Aafiyah menyebut nama pentasnya sebagai seorang penyanyi.
"Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza.
"Aafiyah cakap cepat, heh, cepatlah...Ya Allah Aafiyah ni, satu-satu keluarkan," katanya ketika meminta Aafiyah mengulang semula.
Momen bermakna yang menunjukkan perkembangan Aafiyah yang mula bijak bercakap itu kemudian turut dimuat naik di Instagram @aafiyahkhalid.
"Terkedu ibu", tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman live Instagram tersebut turut dikongsikan beberapa peminat yang cukup teruja mendengar reaksi spontan Aafiyah menyebut nama penyanyi tersohor itu.

Tokti pun terkejut Aafiyah pandai sebut nama dia "Dato' Siti Nurhaliza" ??? Comel gila ok pic.twitter.com/BRrFgeQHFy

— Nama cannot be blank (@IniAlannn) April 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di ruangan komen ramai memuji Aafiyah yang membesar sebagai seorang anak yang bijak.
"Pandainya dia panggil nama ibu dia.
"Eee..malu-malu dia budak comel ni sebut nama penuh ibu dia.
"Aafiyah kenal ibu dia.
"Makin bijak Aafiyah ni" tulis sebahagian netizen.
Siti Nurhaliza melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 hasil perkongsian hidup dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Pada masa sama, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Penyanyi #Siti Nurhaliza #Penyanyi #Siti Aafiyah