Hiburan
Siti Elizad Tak Suka Amar Baharin Kerana Selekeh, Tak Jaga Penampilan
Pelakon Siti Elizad melabelkan aktor Amar Baharin sebagai seorang yang selekeh kerana tidak menjaga penampilan dirinya.
Elizad tidak dapat mengawal perasaan menyampah apabila melihat Amar yang hanya berselipar Jepun dan berpakaian selekeh di set penggambaran.
Bagaimanapun perasaan negatif Elizad itu hanyalah daripada adegan drama adaptasi novel berjudul Si Kolot Suamiku.
Selain Elizad dan Amar, drama tersebut turut dibintangi oleh Atikah Suhaime.
Drama romantik komedi terbitan MIG Production Sdn. Bhd ini mengisahkan tentang seorang lelaki berdarah bangsawan, Tengku Raden Emranuddin (Amar Baharin) yang lebih selesa menetap di kampung dan menjalani kehidupan sebagai seorang petani dan penternak ikan keli.
Kudin kemudiannya dijodohkan dengan Tengku Nur Edrina (Siti Elizad) yang juga berdarah bangsawan namun malas bekerja dan suka berjoli.
Selepas berkahwin, Edrina terpaksa mengikut suaminya pulang ke kampung dan menetap di sebuah rumah kosong yang terletak di tepi kubu.
Pelbagai kisah menarik berlaku sepanjang Edrina berada di kampung.
Dengan perangai 'diva' yang ada pada Edrina itu mampukah dia bertahan untuk hidup bersama Kudin?
Saksikan Si Kolot Suamiku setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula hari ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), jam 10 malam.
Must-Watch Video