HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
Usahawan, Siti Jamumall mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Kembali rujuk
Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, mereka kembali rujuk pada 6 Mei lalu.
“Selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. Sekarang saya tengah hamil 5 bulan. Tak sabar menanti bayi pelangi lahir.
“Saya minta maaf tau abiy salah silap saya, moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini proses pengenalan kita.
undefined
Dalam pada itu, Siti juga mengakui dia merupakan seorang yang beremosi lebih-lebih lagi apabila sedang hamil.
“Saya ni perempuan bukan nak apa pun. Nak perhatian abiy je. Tengah hamil ni emosi tak menentu. Duit ke apa tu semua nombor dua.
“Saya boleh terima sikit ke banyak ke yang penting awak dah jalan tanggungjawab awak,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Siti menganggap apa yang berlaku ini sebagai dugaan dalam rumah tangga selain menjadi pengajaran buat mereka.
“Kita belajar untuk memperbaiki perkara ini bersama-sama. Apa dah jadi kat benda lepas biarlah berlalu. Kita buka buku baru sahaja. Saya reda dengan apa yang jadi.
“Okay dah lah bye, cukup lah kat sini, malas nak sweet sweet nanti orang benci,” coretnya.
Terdahulu, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.
Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.