Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Jamumall Kemalangan, Alami Patah Jari - “Tercampak Ke Jalan Raya, Nasib Tak Digilis Kereta Lain”

Mya Amri
19/12/2023 00:58 MYT
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya.

Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya.

Siti kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

“Siti tercampak ke jalan raya dan nasib tak digilis kereta lain.

“Berderau darah mcm nak pengsan semalam dapat wasap dari orang lain hantar gambar Siti kemalangan,” maklum hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat situasi yang kurang memuaskan apabila sebuah ambulans swasta dikatakan enggan membawa Siti ke hospital selepas melihat keadaannya yang kritikal.

“Paling tak puas hati bile panggil ambulance Columbia hospital datang tengok keadaan tak nak pickup sebab keadaan kritikal.

“Last last terpaksa tunggu pulak hospital kerajaan dan 2 jam masih belum dapat rawatan. End up, fedup terus pindahkan ke Avisena,” jelas kenyataan itu.

Selepas menerima rawatan, Siti disahkan mengalami patah jari dan luka-luka kecil.

“Syukur servis avisena sangat laju. Selepas jumpa doktor dan Xray, keadaan Siti patah jari dan luka luka,” coretnya.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen mendoakan Siti agar cepat sembuh.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Netizen Dakwa Siti Jamumall Propa Sakit, Siap 'Ditidurkan' & Dibedah - "Sakit Bukan Boleh Buat Main"

Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.

#Kemalangan #Siti Jamumall #Patah Jari
;